TUNGKU HERBA - RM 45 ~ Sentiasa Dara

TUNGKU HERBA - RM 45



Diilhamkan dari amalan tradisi masyarakat siam, yang menggunakan beberapa ramuan herba yg dipanaskan melalui kaedah pengewapan (stim/kukus) lalu dituam ke badan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik terutamanya bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin.
Tungku Herba dibungkus menggunakan kain cotton yang mengandungi campuran herba seperti halia bara (plai), kunyit, limau purut, serai wangi dan lain-lain. Semua herba tersebut telah digunakan turun temurun dalam perawatan tradisional hampir diseluruh Asia Tenggara seperti Malaysia,Indonesia dan Thailand. Ramai yang mengetahui kebaikkan khasiat "bertungku" tetapi sukar serta remeh hendah dpraktikkan kerana ketiadaan batu yang sesuai, tidak tahu cara membakar & jenis-jenis daun yang digunakan untuk membalut tungku dan sebagainya.

Kegunaan ; 

• Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim dan melancarkan pengeluaran darah kotor.
• Berfungsi sebagai " Batu Tungku" yang mufah dan ringkas.
• Memanaskan badan untuk melonggarkan otot serta urat2 tegang, melancarkan perjalanan darah, mengeluarkan angin2 bisa dalam badan.

Kaedah pertama :
• Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.
• Letakkan 1 bungkus pek Tungku Herba diatas pengukus tersebut.Biarkan antara 10-15 minit ( mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki ).
• Keluarkan Tungku Herba. pek Tungku Herba yang sedang panas tadi dilap dgn tuala bagi mengurangkan basah wap, Kemudian dituam secara cepat diperut.
• Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama di bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan.
• Setelah Tungku Herba Sejuk ulang cara bertungku yg sama.
• Rawatab bertungku disyorkan dilakukan pada waktu pagi dan petang selama 2 minggu atau sehingga habis tempoh berpantang.

Kaedah Kedua ;

Tungku Herba boleh juga dipanaskan mengunakan seterika dengan menekap permukaan Tungku Herba dibahagian permukaan seterika.Apabila cukup panas (mengikut tahap kepanasan yang dikehendaki), Tuam pada bahagian perut. Keringkan dan simpan didalam peti sejuk untuk ketahanan jangka panjang.Boleh digunakan untuk tempoh yang lama...

TESTIMONI

0 comments:

Post a Comment